Friday 30 December 2011

PERISIAN CD DAN DVD DARI PERSPEKTIF ISLAM

APA YANG DIKATAKAN DENGAN DEFINI PERISIAN?

DEFINISI 1 : Sekumpulan arahan untuk mengawal, mengurus dan menyokong aktiviti dan sistem komputer.
DEFINISI 2 : Arahan-arahan yang lengkap dalam bentuk aturcara dan prosedur yang mengawal, mengurus dan menyokong sistem komputer serta aktiviti-aktiviti pemprosesan maklumat.

JENIS-JENIS PERISIAN ADA 3..

  • PERISIAN SISTEM : perisian pengendalian mambantu mengawal perkakasan komputer, sistem komputer dan sebagainya.
  • PERISIAN PENGATURCARAAN : perisian pengaturcaraan selalunya menyediakan alatan untuk memudahkan pembikinan perisian itu sendiri. Contohnya pengkomplin, penyunting teks dan lain-lain.
  • PERISIAN PENGGUNAAN : perisian penggunaan atau aplikasi membantu menjalankan tugas-tugas bersifat gunaan seperti mengarang, melukis, mengedit gambar dan sebagainya. 

 APA INI...???
CAKERA PADAT

DEFINISI CD
Cakera padat (compact disc atau CD) adalah cakera optik yang digunakan bagi menyimpan data digital yang pada asalnya dibangunkan bagi menyimpan bunyi digital.
Teknologi cakera padat kemudian diubah suai untuk dijadikan peranti storan data yang dikenali sebagai CD-ROM, dan merangkumi media perakaman tunggal serta perakaman berbilang kali. CD-ROM dan CD-R masih merupakan teknologi yang digunakan secara meluas dalam industri komputer peribadi pada hari ini.

SEJARAH CD
  • Cakera padat tiba di pasaran Asia pada lewat tahun 1982, dan pada awal tahun yang berikut di Amerika Syarikat dan pasaran-pasaran yang lain. Cakera-cakera padat pertama yang di jual merupakan 16 buah judul buatan Jepun daripada CBS Sony.
  • cakera padat pada asalnya dianggap sebagai suatu evolusi piring hitam dan terutamanya sebagai suatu media storan data.
  • dari asalnya sebagai salah satu format muzik, cakera padat telah bertumbuh untuk merangkumi penggunaan yang lain. Sony dan Philips memperkenalkan CD-ROM pada bulan jun 1985 dan CD-R pada tahun 1990.
PERINCIAN FIZIKAL
  • Cakera padat diperbuat daripada plastik polikarbonat setebal 1.2mm yang telah dilapisi dengan lapisan aluminium yang amat tulin dan sangat nipis yang dilindung oleh lapisan lacquer. Lacquer boleh dicetak dengan label. kaedah cetakan biasa bagi cakera adalah skrinsutera dan cetakan offset.
  • Terdapat lubang sebesar 15mm di tengah-tengah cakera yang biasanya akan digunakan oleh sejenis pengapit atau pemegang cakera yang terdapat di dalam pemain cakera untuk memegang cakera ditempatnya dan membolehkan cakera tersebut diputar oleh motor. Diameter lubang tersebut adalah lebih kurang sama dengan ukurun duit syiling 10sen Belanda. Para jurutera Philips pada masa itu menggunakan syiling tersebut untuk menentukan saiz lubang itu dan syiling muat ke dalam lubang cakera dengan tepat sekali.

DIGITAL VERSALITE DISC

DEFINISI DVD
DVD (digital versalite disc) atau (digital video disc) ialah sejenis format media storan cakera optik yang popular. Kegunaan utamanya termasuk penyimpanan video dan data. Kebanyakan DVD sama dimensinya dengan cakera padat tetapi boleh menyimpan enam kali lebih data berbanding CD.
Kelainan-kelainan istilah DVD selalu menghuraikan cara data disimpan dalam cakera DVD-ROM mengandungi data yang hanya boleh dibaca dan tidak boleh ditulis, DVD-R dan DVD+R boleh ditulis sekali kemudian berfungsi seperti DVD-ROM manakala DVD-RW atau DVD+RW pula menyimpan data yang boleh dipadam dan ditulis semula banyak kali.

SEJARAH DVD
  • Pada tahun 1993, dua piawaian storan optik kemampatan tinggi sedang dikembangkan. Salah satunya ialah MultiMedia Compact Disc dan Super Density Disc.
  • Presiden IBM, Lou Gerstner telah memimpin satu usaha untuk menyatukan kedua-dua paksi tersebut lalu membentuk satu piawaian tunggal, kerana khuatir akan berulangnya perang format pita video antara VHS dan Betamax yang banyak menelan wang pada 1980-an.
  • DVD mula-mulanya digunakan sebagai singkatan bagi istilah tidak rasmi digital video disk. Pada tahun 1995, dilaporkan pada masa spesifikasi dimuktamadkan bahawa huruf-huruf tersebut secara rasminya adalah singkatan untuk digital versatile disc (cakera serba guna digital) kerana mengambil kira aplikasi selain video. Namun, pihak media megumumkan penetapan spesifikasi dengan memanggil teknologi itu sebagai DVD.
  • Di laman web Forum DVD ada satu bahagian bertajuk "DVD Primer" di mana jawapan kepada soalan "Apakah erti DVD?" adalah sepeti berikut : "kata kuncinya ialah versati". Cakera serba guna digital memberikan storan dan capaian video, audio dan data yang sangat hebat segalanya dalam sekeping cakera.
PERISIAN CD/ DVD DALAM PENGAJIAN ISLAM
  • Maktabah Syamilah adalah sebuah program yang berisikan berbagai buku-buku (kitab-kitab) keislaman dari berbagai utama dari berbagai zaman. Program ini mencakup ribuan kitab ulama' dalam satu keping DVD. Seandainya dalam bentuk kitab, kertas pastinya akan memenuhi ruangan perpustakaan, almari dan rak buku.
  • Ada lebih dari 6,688 judul buku kitab dengan lebih dari 20,000 jilid buku kitab terkandung di dalam program Maktabah Syamilah ini.
PERISIAN MAKTABAH SYAMILAH



PERISIAN HOLY QURAN


PERISIAN AL-QURAN IN WORD



KELEBIHAN CD DAN DVD
  1. Mudah mencari maklumat
  2. Mudah menyimpan data
  3. Mudah dibawa
  4. Mudah didapati
  5. Menjimatkan masa
  6. Mudah untuk dikongsi
  7. Harga berpatutan
KEBURUKAN CD DAN DVD
  1. Mudah calar
  2. Mudah rosak
  3. Mudah dicetak rompak
  4. Mudah disalahguna
PERISIAN MENURUT PANDANGAN ISLAM
  • Merujuk kepada sejarah Islam, teknologi bukanlah sesuatu yang asing. Ia adalah satu proses yang berterusan, berkembang bersama kepandaian manusia untuk memudahkan urusan kehidupan. Islam tidak pernah menghalang serta mengharamkan teknologi serta ciptaan baru terutamanya untuk dimanfaatkan dalam sistem pendidikan. Maka oleh itu hukum asal sesuatu adalah mubah (harus) termasuk segala apa yang dibawa oleh pelbagai peradaban samada lama atau baru. Tidak ada hukum sesuatu itu haram kecuali jika terdapat nas dan dalil yang terang serta jelas menyatakan sesuatu itu haram, ini menunjukan Islam agama yang sesuai dengan perubahan zaman dan menuntut agar umat selalu maju dalam peradaban.
  • Islam juga merupakan satu agama yang amat menitikberatkan soal ilmu pengetahuan. Wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T merupakan satu arahan untuk membaca ruang lingkup ilmu pengetahuan adalah amat luas dan mencakupi pelbagai bidang teknologi maklumat dan komunikasi merupakan salah satu daripada bidang ilmu yang perlu dikuasai oleh umat Islam.
  • Tegasnya kegunaan ICT masih tertakluk kepada syariah dan hukum yang dibenarkan oleh Islam. Apalagi pemanfaatan semua itu salah alat untuk mendukung dakwah dan mengajarkan peradaban Islam dalam sistem P&P. Sekiranya kemudahan ICT disalahgunakan seperti melayari laman-laman web lucah, menyebarkan fitnah dan menggalakkan pergaulan tanpa batasan, tentu semua kesalahan yang besar jika kita menyebarkan medianya. Oleh itu, kita mesti mengislamisasikan media itu melalui orangnya.

Thursday 29 December 2011

INTERNET

DEFINISI
  • Internet ialah satu singkatan bagi perkataan "INTER NETWORK" merupakan rangkaian bagi rangkaian COMGLOBAL( Wide Area Network atau WAN ) yang menghubungkan berjuta-juta rangkaian sedunia.


INFO
  • 1192 ~ Rakyat Malaysia mula menggunakan internet lengkap melalui JARING ( Joint Advance Research Integrated Network ). Ianya meruakan sebuah organisasi di bawah MIMOS ( Malaysia Institut of Microelectronic System).
  • 1994 ~ Pelanggan Internet telah betambah dengan jumlah 1,189 orang
  • 1995 ~ TMnet menjadi pembekal perkhidmatan internet ( ISP - Internet Service provoder ) yang kedua di Malaysia. 


TOKOH- TOKOH INTERNET
  •  Timothy Berners Lee pencipta WWW (World Wide Web) 
  • Tomlinson pencipta @ (at) pada surat e-mail.



SEJARAH

     Internet bermula semasa Perang Dingin. Satu rangkaian telah dicipta untuk menghubungkan semua komputer tentera di sekitar Amerika Syarikat , sekiranya tercetus serangan nuklear, peralatan tentera Amerika syarikat masih dapat befungsi. Mesin-mesin ini dapat disambungkan melalui talian telefon. Dua mesin pertama telah berjaya disambungkan pada akhir tahun 1969. Dalam 15 tahun pertama selepas terciptanya rangkaian ini, tapak yang tersambung hanyalah tapak-tapak tentera dan akademik. Pelbagai rangkaian telah didirikan termasuk ARPAnet yang menyambungkan universiti. Universiti di Amerika Syarikat dan MILnet yang menyambungkan pangkalan-pangkalan tentera. ARPAnet (Advance Research Project Agency) adalah salah satu bahagia Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat turut menghasilkan kaedah pensuisan paket (packet switching) bagi menghubungkan pelbagai jenis komputer.


       Menjelang tahun 1970, rangkaian komputer yang pertama menggunakan teknik suis di Amerika Syarikat telah menghubungkan sistem komputer di University of California di Los Angeles (UCLA), University of California di Santa Barbara (UCSB), Stanford University dan University og Utah di Salt Lake City. Pada 1972, terdapat 40 tapak rangkaian ini digunakan untuk menghantar fail teks yang kecil di antara pengguna. Kini ia lebih dikenali sebagai E-Mail dan semakin popular digunakan. Pada awalnya piawai komunikasi yang asal dikenali sebagai NCP "Network Control Protocol". Setelah mengkaji teknik yang lebih canggih piawai kualiti tinggi digunakan iaitu TCP/IP. TCP (Transmission Transfer Protocol) di mana ia akan mengubah semula bentuk mesej di destinasi.


KEPENTINGAN INTERNET


  • Memberi perkhidmatan komunikasi elektronik.
  • Memberikan perkhidmatan aplikasi capaian jauh dan capaian maklumat.
  • Membolehkan pemindahan fail dengan mudah dan cepat.
  • Membolehkan penyebaran maklumat lebih luas dan dinamik.

KEBAIKAN PENGGUNAAN INTERNET

  • Mesej terlalu cepat.
  • Menyokong multimedia.
  • Boleh berkomunikasi secara global.
  • Menggunakan capaian komputer jarak jauh.
  • Interaktif ~ membolehkan pengguna berhubung dan berkomunikasi lebih dari satu hala.

KEBURUKAN

  • Kurang kepastian maklumat tepat.
  • Banyak perubahan si saat akhir perancangan.
  • Kebocoran maklumat rahsia/peribadi.
  • Kegiatan jenayah Internet (penggodam)yang boleh mengancam sama ada individu mahupun negara.

PERKHIDMATAN INTERNET
  • Mel Elektronik
  • World Wide Web
  • Berita Usenet
  • Internet relay Chat
  • Mendapatkan sebarang maklumat

ALAMAT INTERNET

Domain iaitu nama khas bagi sekumpulan rangkaian/ jaringan yang terdapat dalam Internet :

Kategori
Domain
Syarikat Perniagaan
.com
Kerajaan
.gov
Institusi Pendidikan
.edu
Pembekal perkhidmatan Internet
.net





‎# Balasan Neraka Kepada Pemerintah Yang Menipu Rakyatnya #

Hadis Ma'qil bin Yasar r.a: 

Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang ditaklifkan oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan ke atasnya Syurga. 

(Sahih Muslim : 203)

Berdoalah supaya segala usaha kite berjalan lancar,,InsyaAllah..

  ((اللهم لا يأتي بالحسنات إلا أنت ولا يذهب بالسيئات إلا أنت ولا قوة إلا بالله))

" Ya Allah tidak ada yang mendatangkan kebaikan kecuali Engkau dan tidak ada yang dapat menghilangkan kejahatan melainkan Engkau. Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan kekuatan Allah. "
(HR.Abu Daud)

* Semoga segala usaha yang kita lakukan memperolehi kejayaan dunia akhirat INSYAALLAH...
* GOOD LUCK wahai SAHABATKU semua!!!! ^_______^

Thursday 22 December 2011

Jom Amalkan Hadith ni !! ^_^

‎((إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا))

[الأحزاب:56]




 اليوم يوم الجمعة فلنكثر من الصلاة علي سيدنا رسول الله رحمة الله للناس أجمعين


      : ونذكركم بقراءة سورة الكهف


 : قال سيدنا صلى الله عليه وآله وسلم



من قرأ سورة الكهف ليلة الجمعة أضاء له من النور فيما بينه


 وبين البيت العتيق 


(رواه الدارمي)


p/s : Hari ni adalah hari Jumaat, maka perbayakkanlah selawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad SAW dan membaca surah Al-Kahfi, Sabda Nabi SAW : "Barangsiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada malam Jumaat dia akan diterangi dengan cahaya antara dia dan rumah lama" 

Hadiah Allah kepada Muslim Hebat


  • Solat Subuh ~► Wajah yang cantik

  • Solat Zohor ~► Duit yang banyak

  • Solat Asar ~► Kesihatan yang baik

  • Solat Maghrib ~► Anak2 yg cerdik dan berjaya

  • Solat Isyak ~► Tidur yang nyenyak tanpa gangguan



Sabda Nabi Muhammad S.A.W :

  • Barangsiapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya

  • Barangsiapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat

  • Barangsiapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan

  • Barangsiapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat

  • Barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak

Saturday 17 December 2011

Jom kita lihat apa itu Komputer?


DEFINISI KOMPUTER  
  • Merupakan sebuah mesin elektronik untuk menerima data  iaitu INPUT. Ia juga dapat menyimpan data ini serta dapat melaksanakan sebarang arahan mengenai data tersebut dan akhirnya, mengeluarkan keputusan yang dinamakan OUTPUT . 
  • Komputer juga digunakan untuk mengolah informasi menurut prosedur yang ditetapkan. 

JENIS-JENIS KOMPUTER
  1. Super computer
  2. Main frame computer
  3. Mini computer 
  4. Micro computer

KEPENTINGAN KOMPUTER
  • Pentadbiran :
  • Dengan komputer, segala urusan pentadbiran sesebuah negara akan dapat diselesaikan dengan cepat.
  • Pendidikan : 
  •  Digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara sistematik.
  • Alat penyelidikan :
  • Membantu dan memudahkan para penyelidik dalam menjalankan kerja penganalisisan.
  • Perniagaan :
  • Memudahkan urusan usahawan merekod maklumat kewangan dalam komputer supaya lebih selamat dan terjamin.

SEJARAH PERKEMBANGAN

Generasi 1 (1946-1957) 
  • Menggunakan tiub vakum untuk memproses dan menyimpan maklumat. Saiznya seakan mentol lampu, ia perlu sentiasa diganti, memerlukan tenaga elektrik yang banyak dan menghasilkan banyak haba. 
  • Hanya mampu menyelesaikan 1 masalah dalam 1 masa sahaja. Perlu rewired dengan kabel untuk diprogram kembali. 
  • contoh : ENIAC (1946 ketika perang dunia ke-2), UNIVAC (1951-1952 untuk menganalisis undian pilihanraya di U.S)

Generasi 2 (1958-1963)
  • Menggunakan transistor yang menggantikan tiub vakum.
  • Daya ketahanan transistor didapati lebih baik kerana ia tidak mudah terbakar jika dibandingkan dengan tiub vakum.
  • Ianya lebih kecil, berkuasa, dan murah.
  • keupayaan pemprosesan dan saiz ingatan utama komputer juga bertambah.
  • contoh: kemunculan FORTRAN dan COBOL menandakan permulaan bahasa peringkat tinggi menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang lebih sukar.

Generasi 3 (1964-1970)
  • Penggunaan transistor diganti dengan intergrated circuit (Ics).
  • Intergrated circuit menggabungkan beberapa ratus ribu transistor yang dipadatkan ke dalam kepingan cip silikon, menjadikan komputer generasi ini lebih kecil.
  • Papan kekunci dan monitor mula diperkenalkan sebagai input dan output.
  • Magnetic disk digunakan sebagai pusat penyimpan maklumat.

Generasi 4 (1971-sekarang) 
  • Cip masih digunakan untuk pemprosesan dan penyimpanan maklumat(memori komputer) dan ia lebih maju, memuatkan sehingga jutaan komponen transistor didalamnya. 
  • Membawa kepada penciptaan microprossesor.
  • pertumbuhan jaringan komputer, wireless technologies dan internet.
  • contoh : IBM PC yang asli dan Apple Macintosh.

Generasi 5 (belum wujud)
  • Ramai yang berpendapat bahawa ianya masih dalam peringkat permulaan.
  • mempunyai memori yang sangat besar membolehkannya menyelesaikan lebih banyak masalah yang kompleks.
  • mempunyai sifat luar biasa disebut sebagai pusat 'artificial intelligence'-think, reason, learn. 
  • mampu menerima arahan melalui suara.

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN ISLAM
  • Islam tidak menghalang teknologi serta ciptaan baru.
  • Masih tertakluk pada syariah dan hukum yang dibenarkan oleh Islam.
  • Dalam Al-Quran sendiri sudah terkandung ilmu teknologi.
  • Islam menuntut supaya mengembangkan teknologi sehingga menemui kebesaran dan keagungan Allah s.w.t.

Friday 16 December 2011

Baru ja niat.dah dapat pahala..?!:)

"Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Allah berfirman: 'Jika hamba-Ku berbicara (iaitu niat) untuk melakukan kebaikan, maka Aku akan menulis untuknya satu kebaikan, maka Aku mencatatnya dengan 10 kali ganda. Jika ia berniat untuk melakukan keburukan, maka Aku mengampuninya selagi belum melakukannya. Jika ia telah melakukannya, maka Aku menulis untuknya yang semisalnya.' 
Rasulullah s.a.w bersabda lagi: 'Para malaikat berkata: 'Wahai Tuhanku, hamba-Mu ini berniat melakukan keburukan, padahal Dia lebih mengetahuinya.' Allah berfirman lagi: 'Lihatlah, jika dia melakukannya, maka catatlah keburukan itu untuknya dengan yang semisalnya. Jika ia meninggalkannya, maka tulislah untuknya satu kebaikan. Ia hanyalah meninggalkannya kerana takut kepada-Ku."' (Riwayat Muslim)

renung-renungkan & selamat beramal...

Wednesday 14 December 2011

INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT)




DEFINISI ICT

ICT ialah teknologi komunikasi maklumat. Menurut Paisley dan Chen (1982) daripada Brown (1997), maklumat sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada cara seseorang berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan. Selain itu, ia juga satu proses pengaliran, penyebaran pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi.

PERKEMBANGAN ICT

Rogers (1991) seorang pengkaji media komunikasi mengklasifikasikan sejarah perkembangan ICT kepada empat :

  • Era Informasi ~ bermula sejak 4000 Sebelum Masihi. Bermula ketika orang-orang Sumeria menulis di atas papan batu. Ketika ini Buku penting di salin tulis. Ini menyebabkan pengetahuan tidak berkembang luas kerana bahan bacaan yang terhad.
  • Era Percetakan ~ bermula pada tahun 1456 ketika mesin dicipta oleh Gutenberg dari Jerman. Sebelum itu, pada tahun 1401 teknologi teknologi percetakan telah wujud di China. Surat Khabar pertama diterbitkan pada era tersebut.
  • Era Telekomunikasi ~ bermula pada tahun1844. Telegraf dicipta oleh Morse.
  • Era Komunikasi Integratif ~ bermula pada tahun 1946 dengan terciptanya komputer.
  • Era Internet ~ SMS dan media digital internet seperti e-mel, blog dan halaman web dilihat sebagai satu kuasa baru yang sangat efektif. Informasi yang diterima adalah yang terkini dan mampu menghasilkan ledakan perubahan fikiran para pembacanya. Ia telah menghasilkan masyarakat yang lebih berilmu dan kritis. Kemunculan era internet di dalam proses memajukan fikiran dan ilmu masyarakat ini dipandang sebagai pemangkin kepada kewujudan koridor baru tanpa sempadan dan tanpa sekatan.

KEPENTINGAN ICT

~ Data  dapat diproses dan disimpan dengan segera tanpa membuang masa.

~Membantu menguruskan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan meningkatkan komunikasi dalam organisasi.

~ Dapat menekankan pencapaian kecekapan pengurusan dengan memastikan maklumat yang tersusun dan berguna apabila ianya diproses, disimpan, dan boleh dikemaskinikan dengan mudah.

~ Penyumbang penting dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara. 

~ Cepat dengan menggunakan pelbagai perisian yang ada

~ SALAM TA'ARUF & KALAM TAUJIHAT ~

EIRA. RAHMI. DILA. FAIZAH. SOLEHAH


Dengan lafaz Bismillah hir Rahman nir Rahim.

Bersyukur ke hadrat ILLAHI dengan adanya subjek BIQC 4103 (APLIKASI ICT 
DALAM PENGAJIAN ALQURAN DAN AS-SUNNAH) yang dibimbing oleh pensyarah yang amat kami muliakan Ustaz Mohd. Khafidz bin Soroni @ Hj. Ahmad Mughni ini dapatlah kami berkongsi pengalaman pembelajaran kami bersama beliau dengan rakan-rakan blog sekalian. Untuk pengetahuan semua, pembinaan blog kumpulan ini merupakan tugasan kedua yang diberi beliau kepada kami selepas sesi pembentangan subjek mengenai tajuk tertentu selesai.

Oleh itu, kami 5 puteri~ sol.faizah.rahmi.eira.dila mengalu-alukan para rakan sekalian singgah ke blog ini untuk sama-sama bekongsi ilmu di ruangan bicara hati ini. Untuk makluman, blog ini bukan sahaja berkongsi tentang subjek yang dipelajari tetapi halwa hati berupa tazkirah dan kalam-kalam penenang hati akan menemui semua InsyAllah.

Akhir kalam, semoga langkah pertama kami ini mendapat keredhaan Allah serta mendapat sokongan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Apa sahaja komen, pendapat kami terima dengan senang hati. Wallah hu 'alam.