Friday 16 March 2012

# Melahirkan Rasa Khusyuk Dalam Solat #

♥ ♥ ♥ Bismillah.    
       ~ Seringkali kita melihat manusia itu fokus melakukan sesuatu selain ibadah...seperti belajar bekerja, memasak dll. Semuanya nak melakukannya secara tekun dan bersungguh2 kerana apa? kerana minat... tetapi terfikirkah kita dalam ibadah juga dituntut malah beruntungla sesiapa yang dapat tekun dan fokus dalam ibadahnya. Makin kasih Allah itu pada kita.Allah lebih hebat dari manusia. Berikan apa saja pd kita lebih hebat dari manusia beri iaitu ape? KETENANGAN ! KEBAHAGIAAN HATI

          ~ Oleh itu mari kita sama sama tanam minat yang mendalam merebut rebut dan berkasih kasih dengan Allah... selepas itu, begembirala kita dengan cara sederhana.

 Jom kita lihat sedikit info bagaimana khusyuk itu lahir dalam solat dan mengetahui apa ye rahsia khusyuk itu =):

Khusyuk Dalam Solat

Menurut Imam ibnu al-Qayyim dalam kitabnya, Madarij as-salikin, khusyuk bermaksud menghadirkan hati ketika solat dengan rasa tunduk dan hina kepada Allah.


Apabila hati seseorang itu khusyuk maka seluruh anggotanya akan turut sama khusyuk, kerana setiap anggota mengikuti hati dan khusyuk itu tempatnya di hati. 


Jumhur ulama berpendapat khusyuk dalam solat adalah sunat hukumnya.

Bagi orang yang tidak khusyuk dalam solatnya, tidaklah membuatkan solatnya batal. 

Solatnya tetap sah cuma dia mendapat pahala yang kurang, tidak sepenuhnya seperti orang yang khusyuk.

Berkaitan khusyuk dalam solat, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, 

"Sesungguhnya, seseorang mengerjakan solatnya dan tidak ditetapkan pahala untuknya kecuali hanya sepersepuluh, sepersembilan,seperlapan, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau setengah darinya." 
(HR. Abu Dawud)
_________________________________________________________________________

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda: 

"Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan.

Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. 

Begitu pula apabila iqamat dibacakan, ia pun lari. 

Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. 

Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata

"Ingatlah apa yang belum kamu ingat!"

Sehingga akhirnya orang itu lupa berapa rakaat dia telah solat."

(HR Bukhari) 


Sunday 4 March 2012

# MINGGU FINAL EXAM #

KOLEJ UNIVERSITI ANTARABANGSA SELANGOR


FASA "FINAL EXAM"

 Mari kita kuatkan semangat teruskan berusaha dan berusaha sungguh-sungguh untuk kuasai ILMU yang ada dalam kursus tahap ijazah ini. Apakata kita cuba doa ini. Baca 7 kali selepas solat. Amalkan. Ia akan memulihkan semangat kita yang hilang.Mudah- mudahan dengan izin Allah : 

 أعوذ بالله من الشيطان الرجيم