Monday 23 January 2012

^ Info Menarik ^



3 CAHAYA DI HARI KIAMAT…



1) Cahaya seperti bintang-bintang

yakni, cahaya wajah manusia ketika di dunia, mereka segera meninggalkan pekerjaan, terus bersuci & mengambil wudhu’ apabila terdengar azan.



2) Cahaya seperti bulan purnama:

 yakni, cahaya bagi mereka yang mengambil wudhu’ sebelum azan.



3) Cahaya seperti cahaya matahari

yakni, cahaya bagi mereka yang ketika di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi…






p/s: Ingatlah.. tiada panggilan yang lebih penting melainkan seruan Illahi.. ayuh, muhasabah kembali berapa banyak masa dalam sehari (24 jam) yang kita gunakan untuk bersujud di hadapannya.. sedangkan ALLAH SWT sangat merindui rintihan hamba-hambanya..


WALLAHUA’LAM…

# Praktikkan Adab, InsyaAllah Aman! #

~ Renungkan~



Adab bersahabat senantiasa berbaik sangka. 

Adab berjamaah senantiasa bermusyawarah. 

Adab berjuang senantiasa istiqamah.

Adab berkhilaf senantiasa berlapang dada.

Adab bertelagah jangan melampau.

Adab mengkritik jangan mencerca.

Adab berdakwah jangan berkasar.

Adab menilai jangan bias.



~By Ustaz Nasrudin Hassan~

Saturday 14 January 2012

^ TAULADAN RIWAYAT HIDUP SEORANG ULAMA' ^

>> Benar. Masa itu Emas. kalau pepatah Melayu la. bg bangsa Arab. Masa itu seperti Pedang. ada juga yg berkata Masa itu Umur. persoalannya. ke mana umur kita dihabiskan. dapatkah kita menyumbang sesuatu yang berharga sepanjang umur kita dihabiskan. Jomlah kita baca entry ni & ambil manfaat sama-sama =)


p/s : pewaris Nabi adalah ulama'. Mahu dekat dgn Nabi, hampirilah mereka, ambil ilmu mereka, contohi sifat wara' mereka.mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang- orang yang beramal soleh. Amin ya Rabb.


>> Ikuti kisah seorang ulama' ini :
AL-ALLAMAH SYAIKH SAID HAWWA R.H (1935M-1989M)

Ulamak kelahiran Syria yang banyak menyumbang kepada Islam. Menghafaz Al-Quran pada usia yang kecil. Sentiasa membaca dalam masa yang sama menolong ayahnya menjual sayur-sayuran dan buah-buahan. Pada tahun 1956 berpeluang masuk ke Universiti Damsyik dan di sanalah beliau berguru dengan ulama' terkenal seperti Dr. Mustafa As-Sibae, Dr. Mustafa Zarqa', dan lain-lain lagi.

Beliau telah dipenjarakan selama 5 tahun kerana lantang memperjuangkan Islam.

Di dalam penjara beliau mengarang banyak kitab. Yang amat tersohor ialah "Al-asas Fi Tafsir" dalam bidang tafsir sebanyak 11 jilid. Beliau seorang yang amat sabar, zuhud dan peramah.

Meninggalkan dunia sesudah diserang dengan pelbagai penyakit, antaranya kencing manis, jantung dan angin Ahmar. Yang menyebabkan beliau berada dalam keadaan koma bermula disember 1988 hinggalah tarikh kewafatan beliau 9 mac 1989 di Kota Amman, Jordan. Semoga Allah merahmatinya. Antara muridnya yang terkenal ialah Tuan Guru Dato' Seri Haji Abd Hadi Bin Haji Awang. .




Friday 13 January 2012

^ TIDAK ADA ISTILAH LAMBAT KALAU NAK JADI FAQEH^

ARTIKEL YANG SANGAT BERMAKNA UNTUK LEBIH BEJAYA DAN TIDAK PUTUS ASA. YANG PENTING KEMAHUAN. JOM BACA!!!!!!!!! =)



p/s : xda halangan nk bejaya . muda ke tua ke. janji kemahuan tu  =)




KESAN DI PERLI :-)

Abu Zakaria Al Ansori rohimahuLLAH seketika di Bagdhad (pd waktu ini beliau belum 'alim), beliau lalu di sebuah lorong yg terdapat 'org2 kampung sedang bersembang di warung' lalu mem'perli' beliau dgn kata2 :' Wahai Syaikhul Islam!! Mari bersama kami!..'. Mendengar kata2 ini Abu Zakaria fhm bhw beliau 'sdg diperli, krn beliau tahu bhw beliau tiada ilmu&jahil'. 

Hanya bermula drpd 'PERLI mereka itu gelaran yg di tujukan Syaikhul Islam'..

Maka beliau berkata :' Demi ALLAH! Aku akan menjadi Syaikhul Islam!'. Sejak itu, beliau mula bersungguh2 belajar, menuntut ilmu dgn GURU2, merata tempat..sedangkan pd waktu itu beliau telah berusia '45 tahun' bukan 5 tahun ya...:-) sehingga 'kini' beliau menjadi seorang yg dikenali sbg ' AL IMAM HAFIDZ SYAIKHUL ISLAM ABU ZAKARIA AL ANSORI ' antara rujukan yg masyhur sehingga akhir zaman..walaupun hayatnya telah pergi selamanya..

Jadi, jangan jadikan alasan usia muda atau tua dan sebagainya sbg penghalang utk kita ' isi dada, hati, fikiran kita dgn ILMU '...Sesungguhnya tidak sama org yg berilmu dgn tiada ilmu..paling kurang 'kita ada ILMU utk bekalan diri sendiri' ..insyaALLAH..

p/s : iika lepas ni kalau di perli kawan2 perkara baik..usahakan spt yg di perli tu je lah :-)..jika pula kita diperli dgn sesuatu yg 'tidak baik' usahakan utk 'berlepas diri dari perkara yg tidak baik itu'..mudah saja utk jadi manusia yg berguna..semuanya POSITIF..insyaALLAH..

Wednesday 11 January 2012

NOTA MOTIVASI

# SLOT KALAM MUHASABAH DIRI. SEMOGA DIRAHMATI ALLAH. AMEEN.
 
 
 
p/s :Hidup ini perlukan motivasi
::Kalau tidak boleh menyenangkan, usahlah menyusahkan. Kalau tidak boleh membahagiakan, usahlah menderitakan. Jika kita benar-benar ikhlas, biarlah nampak ikhlas bukan berkata yang kita ikhlas. Kita boleh berpura-pura sekali sekala tetapi tidak setiap masa. Siapa sebenarnya kita lambat laun orang akan ketahui juga. Fikir-fikirkanlah.

# DIALOG TAULADAN #

Pelajar : Ustaz,doakan saya ustaz,saya nak dapat 11A dalam SPM ni. Serius.


Ustaz:Ya,insyaAllah saya doakan.


Pelajar : Ustaz kata nak doakan,tapi ustaz tak mintak nama saya pun.


Ustaz :Ya,apa nama awak? 


Pelajar : Adam ustaz. 


Ustaz : Kenapa awak macam beria-ia sangat ni? 


Pelajar : Saya kena dapatkan 11A jugak,sebab saya nak tuntut hadiah dari mak saya. Mak saya kata,kalau saya dapat 11A, mak nak tunaikan semua permintaan saya. Padahal,mak saya tak tahu lagi pun apa yang saya nak.


Ustaz : Boleh ustaz tahu apa permintaan Adam?


Pelajar : Saya nak mak saya tutup aurat ustaz.


Ustaz terkejut dan terharu,lantas beliau mengangkat dua tangannya dan terus berdoa untuk si pelajar tadi. Allahu Rabbi.




"Doa seorang anak soleh dan doa guru tehadap pelajarnya mustajab"

Tuesday 10 January 2012

@ PERINGATAN UTK 'DIRI' YG LALAI @



Ibnu Al Jauzi menerangkan :

" Syaitan sgt gembira bila dlm hati kita tumbuh rasa bangga thdp ilmu&amal yg kita miliki (walau sebesar biji sawi)." 



Ada 3 pintu godaan yg digunakan :



Pertama : Di saat seseorang ingat ketaatannya


Kedua    : Di saat seseorang itu lupa kemaksiataannya


Ketiga    : Di saat seseorang itu menyangka bhw dirinya aman dari berbuat kesalahan 



  • Justeru, kita hendaklah 'sedar diri' bhw hal2 yg tersembunyi dlm hati amat banyak sekali. Perhatikanlah setiap kecenderungan hati kita agar 'tidak tersasar' setiap waktu.

Kaedahnya :
"Kita mesti menuduh diri sendiri tlh melakukan kesalahan di saat kita sdg menilai diri. Manakala di saat kita sdg menilai org lain maka kita mestilah berperasangka baik, bhw mereka adalah org2 baik.." 




Monday 9 January 2012

# Untaian Kata-kata Hukama' Yang Hebat #






إنَّ بَيْتًا يَخْلُو مِنْ كِتَابٍ هُوَ بَيْتٌ بِلَا رُوْحِ



Mafhumnya :


"Sesungguhnya rumah tanpa kitab (buku) adalah rumah yang tidak ada roh"

p/s : Sekurang kurangnya belilah buku walaupun belum baca.kalau tak beli buku memang tak baca.tapi kalau beli lambat laun akan bukak juga.
_______________________________________________________________________________________________________________

قَلِيْلٌ مِنَ الْعِلْمِ مَعَ الْعَمَلِ بِهِ أَنْفَعَ مِنْ كَثِيْرٍ مِنَ الْعِلْمِ مَعَ قِلَّة


الْعَمَلِ بِه




Memiliki ilmu yang sedikit tetapi beramal dengannya lebih baik dari memiliki ilmu yang banyak tetapi kurang amal dengannya.




Oleh itu jom kita tambahkan ilmu dan amalkannya sekaligus!

E-MEL


DEFINISI E-MEL

      E-mel ialah singkatan kepada mel elektronik, surat elektronik, ataupun mel komputer.
      E-mel juga merupakan satu bentuk surat elektronik yang menggunakan pelbagai aplikasi yang digunakan untuk menghantar, menyimpan, dan menerima mesej melalui sistem komunikasi elektronik.
   Surat berasaskan penggunaan sistem komputer ini boleh dihantar atau diterima fail-fail yang mengandungi teks, grafik, animasi, audio, video, dan sebagainya. 

McGrawHill Profesional
Historically, electronic mail (or e-mail) referred to any of a number of technologies that allowed people to send documents to one another through electronic means.

JPA
- Mel Elektronik atau e-mel adalah merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna berkomunikasi antara satu dengan lain dalam bentuk mesej elektronik.
- Aplikasi e-mel ini digunakan secara meluas dan membenarkan komunikasi lebih daripada dua hala dengan cara yang pantas dan lebih sesuai untuk penulisan yang ringkas. 

Mesej-mesej e-mel Internet terdiri daripada dua bahagian utama:

1.      Pengepala — Distrukturkan kepada ruang-ruang seperti ringkasan, pengirim, penerima, dan maklumat lain mengenai e-mel

2.    Isi — Mesej itu sendiri sebagai teks yang tidak berstruktur; kadang-kala disertakan ruang  tandatangan pada penghujungnya
Pengepala dipisahkan daripada isi dengan sebatang garis kosong.
  
PENGEPALA
Pengepala mesej terdiri daripada ruangan-ruangan seperti yang berikut:
   Dari : Alamat e-mel dan juga nama pengirim mesej
           Ke : Alamat e-mel dan juga nama penerima mesej
           Subjek : Ringkasan kandungan mesej (seperti tajuk)
     Tarikh : Tarikh dan waktu tempatan mesej dikarang
_______________________________________________________________________________

BAGAIMANA ANDA MENGHANTAR MESEJ MENGGUNAKAN E-MEL?

____________________________________________________________________________

DEFINISI E-MAIL ADDRESSm /ALAMAT E-MEL


satu nama unik yang mengandungi nama pengguna e-mel dan nama domain(.com, .net, .edu, etc.)
____________________________________________________________________________

BAGAIMANA E-MEL ANDA MERENTASI RANGKAIAN KOMPUTER?


 DEFINISI MAILING LIST

üMailing List merupakan satu kumpulan e-mel berserta nama dan alamat e-mel.

ü  Apabila mesej di hantar kepada mailing list, maka semua pihak yang berada dalam list tersebut menerimanya.

ü  Jika anda ingin meletakkan e-mel anda ke dalam mailing list, pastikan anda subscribe atau  melanggan program tersebut, dan jika anda ingin membuang e-mel daripada list maka anda perlu unsubscribe atau berhentikan langganan      

_____________________________________________________________________________

KEPENTINGAN “e-MAIL” DALAM PENYAMPAIAN MAKLUMAT



KEPENTINGAN “e-MAIL” DALAM PENYAMPAIAN MAKLUMAT

1.Penyampaian maklumat tanpa batasan melalui aplikasi e-mail

2. Perhubungan dan komunikasi dengan anggota menjadi lebih mudah
3. medium untuk aktiviti pemasaran
4. Penyampaian data lebih teratur dan sistematik

5. Urusan Kerja menjadi lebih ringkas dan cepat

KEPENTINGAN E-MEL DALAM PENDIDIKAN.
  • Guru @ tenaga pengajar :
- Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan pihak jabatan serta kementerian

      - Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran


      - Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal


  • Pelajar :
§  Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain.

§ Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa

§ Menggalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan rakan pena di luar negara.

§  Memperoleh bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara "on-line".


Pengajian atas talian

  • Pembelajaran atas talian atau e-pembelajaran. Ianya merupakan salah satu daripada sistem pembelajaran teradun yang disediakan oleh Universiti Terbuka Malaysia. Ia bermaksud proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan peralatan elektronik untuk menyampaikan kandungan dan maklumat serta berinteraksi melaluinya.

Masalah – masalah yang dihadapi oleh pelajar :
Ø  Kemahiran teknologi maklumat yang lemah
Ø   Sukar membahagikan komitmen antara kerjaya, peranan sebagai pelajar dan tanggungjawab kepada keluarga.
Ø   Teknologi dan penyampaian maklumat atas talian

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah  :
Ø  Meningkatkan kemahiran teknologi maklumat
Ø   Perancangan dan pengurusan masa yang berkesan
Ø   Mengubah gaya hidup

KEBAIKAN MENGGUNAKAN E-MEL
1. cepat

2. cekap

3. kelajuan

4. murah

5. mesra pengguna
6. mesra alam

7. mudah

8. selamat dan dipercayai

9. serba boleh

KEBURUKAN E-MEL
       Kurang Privasi
      Salah Faham
      Sarat Maklumat (Information Overload)
      Pembaziran Masa  
      Spam E-mel
      Virus dan Cecacing
      Kurangnya Sentuhan Peribadi
_______________________________________________________________________________

PERBANDINGAN ANTARA SURAT DAN E-MEL.

SURAT
E-MEL

                                   1.  Dikenakan bayaran
1.   Percuma

2. Kurang jaminan
            2. dijamin sampai

3. Penggunaan alam semula jadi
            3. mesra alam

4. Kurang privasi
            4. privasi


Sunday 8 January 2012

PERIBADI RASULULLAH HABIBUNA MUHAMMAD S.A.W

# Hai kawan2 dan sahabat semua, sekarang ni kita berada dalam bulan Safar 1433 Hijrah. ha? tahu  x ni? ^_^. selepas Safar, bulan Rabi'ul Awwal ( Bulan kelahiran Kekasih Allah. Sayyidna Muhammad SAW )so,ape tunggu lagi jomla kita sama-sama ambil sedikit waktu untuk membaca keperibadian Baginda SAW.


Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam sgt suka berwangian, Baginda sentiasa memakai wangian, sekalipun diri Baginda itu wangi, malah peluh Baginda lbh wangi drpd kasturi, Baginda tetap memakai wangian&mengeluarkan duit utk membeli wangian, sehinggakan Ummu Salamah setiap mlm akan mengambil peluh Baginda utk dijadikan wangian, bahkan apabila Baginda bertemu anak2 yatim menyapu kepala mereka, apabila mereka pulang ke rumah, ahli keluarga mereka akan mengetahui bhw anak2 ini bertemu Nabi krn wangian yg ada pd anak2 yatim itu..berwangian adalah sunnah Nabi yg dicintai..jom amalkan!! bagaimanalah wanginya Nabi kita sallallahu alaihi wasallam.

" Tazkirah dari seorang Syeikh di TV Alhijrah.

Thursday 5 January 2012

KEHIDUPAN : IBARAT SEMUT, LABAH-LABAH DAN LEBAH

Tiga binatang kecil ini menjadi nama dari tiga surah di dalam Al-Qur'an. An-Naml [semut], Al 'Ankabuut [labah-labah] dan An Nahl [lebah].

- SEMUT, menghimpun makanan sedikit demi sedikit tanpa berhenti. Dikatakan binatang ini dapat menghimpun makanan untuk bertahun-tahun. Padahal usianya tidak lebih dari setahun. Ketamakannya sedemikian besar sehingga ia berusaha - dan seringkali berhasil memikul sesuatu yang lebih besar dari tubuhnya.

-Al-Qur'an juga menghuraikan tentang LABAH-LABAH.. Sarangnya adalah tempat yang paling rapuh [ Al 'Ankabuut; 29:41], Ia bukan tempat yang aman, apapun yang berlindung di sana akan binasa. Bahkan si jantannya disergap untuk dihabiskan oleh betinanya. Telur-telurnya yang menetas saling berdesakan hingga dapat saling memusnahkan. Inilah gambaran yang mengerikan dari kehidupan sejenis binatang.

-Akan halnya LEBAH, memiliki naluri yang dalam bahasa Al-Qur'an - "atas perintah Tuhan ia memilih gunung dan pohon-pohon sebagai tempat tinggal" [ An-Nahl; 16:68] . Sarangnya dibuat berbentuk segi enam bukannya lima atau empat agar efisien dalam penggunaan ruang. Yang dimakannya adalah serbuk sari bunga.

LEBAH tidak menompok makanan. LEBAH menghasilkan lilin dan madu yang sangat manfaat bagi kita. Lebah sangat berdisiplin, mengenal pembahagian kerja, segala yang tidak berguna disingkirkan dari sarangnya. Lebah tidak mengganggu kecuali jika diganggu. Bahkan sengatannya pun dapat menjadi ubat.


SIKAP KITA dapat diibaratkan dengan 3 jenis binatang ini.

Ada yang berbudaya 'SEMUT'. Sering menghimpun dan menompok harta, menompok ilmu yang tidak dimanfaatkan. Pemborosan dan berpoya-poya adalah implementasinya.

Entah berapa banyak pula jenis 'LABAH-LABAH' yang ada di sekeliling kita. Yang hanya berfikir: "Siapa yang dapat dijadikan mangsa"

Rasulullah s.a.w mengibaratkan seorang mukmin sebagai 'LEBAH'. Sesuatu yang tidak merosakkan dan tidak menyakitkan :" Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya"

Semoga kita menjadi ibarat LEBAH...

Insya Allah!