Wednesday, 15 February 2012

# Kisah Kasih Rasulullah SAW .. Meruntun Jiwa !!! #

 ~ Mari Berselawat banyak- banyak buat junjungan besar Rasul Sekelian Alam Muhammad SAW~ 

.........اللهم صلى على سيدنا محمد

:: Mari kita baca kisah ini : Dengan Lafaz Bismillah ...

Daripada Abbas r.a , Rasulullah SAW bersabda ; Orang pertama yang akan dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril a.s akan datang kepadanya dengan membawa seekor Buraq . Israfil datang membawa bendera dan mahkota dan Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga.

Israfil bersuara ; "Wahai roh yang baik ! Kembalilah ke tubuh yang baik . Maka kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur terbongkar . Pada seruan ketiga , ketika Rasulullah SAW berdiri , baginda telah membuang tanah pada kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri dan baginda melihat tiada satu pun bangunan . Baginda SAW menangis sehingga mengalir air mata ke pipinya."

Baginda SAW bersabda ; "Wahai Jibril a.s ! Gembirakanlah aku!"

Jibril a.s berkata : "Apa yang kamu lihat di hadapanmu?"

Baginda S.A.W bersabda : "Bukan seperti itu pertanyaanku"

Jibril a.s berkata ; "Apakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?"

Baginda S.A.W bersabda : "Bukan seperti itu pertanyaanku" 

Baginda S.A.W bersabda : "Aku bertanya kepadamu akan UMATKU , dimanakah perjanjian mereka?"

Baginda S.A.W bersabda : "Nescaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini, Aku akan mensyafaatkan umatku"

Jibril a.s menyeru : "Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah SWT"
:: Umat-umat datang dalam keadaan satu-satu kumpulan..Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat,

Baginda SAW akan bertanya ;"Di manakah umatku?"

Jibril a.s berkata ; "Wahai Muhammad! umatmu adalah umat yang terakhir."

Apabila Nabi Isa a.s datang , Jibril a.s menyeru ; "Tempatmu!"Maka Nabi Isa a.s dan Jibril a.s menangis.


Nabi Muhammad S.A.W bersabda ; "Mengapa kamu berdua menangis?"

Jibril a.s berkata ; "Bagaiman keadaan umatmu ya Muhammad?"

Baginda S.A.W bersabda ; "Dimana umatku?"

Jibril a.s berkata ; "Mereka telah datang, mereka berjalan dengan lambat dan perlahan"


: : Apabila mendengar sedemikian, Baginda S.A.W menangis lalu bertanya ;"Wahai Jibril ! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?"

Jibril a.s berkata ; "Lihatlah mereka wahai Muhammad!"


: : Nabi Muhammad S.A.W bertemu dengan umatnya yang berdosa, mereka menangis serta memikul beban di belakang mereka sambil merayu ; "Wahai Muhammad!" Baginda S.A.W bersabda ; "Wahai umatku!"


: : Mereka berkumpul di sisi Baginda S.AW dan umat-umatnya menangis.

Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia maha mengetahui segala yang tersembunyi ; "Di mana umat Muhammad S.A.W?"Jibril a.s berkata ; "Mereka adalah sebaik-baik umat"Allah Taala berfirman ; "Wahai Jibril! Katakanlah pada Muhammad S.A.W bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu"

Jibril a.s kembali dalam keadaan menangis lalu berkata kepada Muhammad S.A.W ;"Wahai Muhammad , umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah SWT"


Baginda S.A.W berpaling kepada umatnya lalu bersabda ;"Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan di hadapan Allah SWT"

Allah Taala berfirman ; "Hari ini , Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan, Hari ini aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu dan aku akan mengazab sesiapa yang derhaka kepadaKu"

Suara tangisan dan jeritan semakin kuat . Nabi Muhammad S.A.W menyeru ;"Tuhanku, Penguasaku, Penghuluku...! Aku tidak meminta untuk diriku , Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!"

Ketika itu juga neraka Jahanam berseru ; "Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?"Neraka pula menyeru ; "Wahai Tuhanku, Penguasaku, Penghuluku..! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaanku ! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku , penyeksaanku dan azabku ! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah . Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan."

Baginda S.A.W bertambah sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipnya. Sekali, Baginda S.AW. sujud di hadapan Arsy Allah S.W.T dan sekali lagi , Baginda S.A.W rukuk untuk memberi syafaat kepada umatnya.

Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya . Mereka berkata ;"Maha Suci Allah ! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat akan hal keadaan umatnya"


Fatimah r.a berkata ; "Dimanakah aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat kelak , wahai bapaku?" Baginda S.A.W bersabda ; "Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minuman kepada umatku"

Tatkala umat Nabi Muhammad S.A.W sedang mencari mimbar Nabi Muhammad untuk mendapatkan syafaat pada hari Kiamat. Mariam , Asiah , Khadijah , dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk . Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad S.A.W dia berkata ;"Ini umat Nabi Muhammad S.A.W . Mereka telah tersesat dari nabi mereka."

Suara Mariam telah didengari oleh Muhammad S.A.W. Nabi Adam a.s berkata kepada Nabi Muhammad S.A.W ;"Ini umatmu wahai Muhammad, mereka berkeliling mencarimu kerana ingin meminta syafaat kepada Allah SWT"

Nabi Muhammad S.A.W menyeru dari atas mimbar lalu bersabda ;"Marilah kepadaku wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!"

Umat Nabi Muhammad S.A.W berkumpul di sisi baginda.

Ketika di atas sirat , Baginda S.A.W bersabda kepada malaikat Malik ;"Wahai Malik ! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu , palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka melepasimu. Jika tidak hati mereka akan merasa gementar apabila melihatmu"

Nabi Muhammad S.A.W berhenti di atas Sirat . Setiap kali baginda melihat seorang umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya untuk kembali berdiri di atas Sirat.

Nabi Muhammad S.A.W berkata ; "Tuhan ! Selamatkanlah mereka ! Tuhan ! Selamatkanlah mereka !"

#Apakah kita mengingati dan menyayangi Rasulullah SAW sebagaimana baginda menyayangi kita sebagai umatnya?

# Bulan Rabi'ul Awwal ~ Cintai Rasulullah #

~ Mari kita tatapi hadith- hadith Baginda SAW ~

Mafhum hadith 1 :

Suatu ketika,Muaz bin Jabal r.a menghadap dan bertanya Rasulullah saw:"Ya Rasulullah,tolong huraikan kepadaku mengenai firman ALLAH SWT:"Pada saat sangkakala ditiup,maka kamu sekelian datang berbaris-baris."(an Naba':18)

Mendengar pertanyaan itu,Nabi saw menangis hingga basah pakaiannya.Lalu baginda menjawab:"Wahai Muaz,engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yang amat besar,bahawa umatku akan diiring,dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan,masing-masing membawa amalan mereka sendiri."

Friday, 3 February 2012

# Solat itu Tiang Agama #



firman Allah SWT yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh dan mengerjakan solat serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala disisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita."
                                                                                                      (surah al-baqarah 2:277)

Monday, 23 January 2012

^ Info Menarik ^



3 CAHAYA DI HARI KIAMAT…



1) Cahaya seperti bintang-bintang: 

♥yakni, cahaya wajah manusia ketika di dunia, mereka segera meninggalkan pekerjaan, terus bersuci & mengambil wudhu’ apabila terdengar azan.



2) Cahaya seperti bulan purnama:

♥ yakni, cahaya bagi mereka yang mengambil wudhu’ sebelum azan.



3) Cahaya seperti cahaya matahari: 

♥yakni, cahaya bagi mereka yang ketika di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi…






p/s: Ingatlah.. tiada panggilan yang lebih penting melainkan seruan Illahi.. ayuh, muhasabah kembali berapa banyak masa dalam sehari (24 jam) yang kita gunakan untuk bersujud di hadapannya.. sedangkan ALLAH SWT sangat merindui rintihan hamba-hambanya..


WALLAHUA’LAM…

# Praktikkan Adab, InsyaAllah Aman! #

~ Renungkan~



♥ Adab bersahabat senantiasa berbaik sangka. 

♥ Adab berjamaah senantiasa bermusyawarah. 

♥
Adab berjuang senantiasa istiqamah.

♥
Adab berkhilaf senantiasa berlapang dada.

♥
Adab bertelagah jangan melampau.

♥
Adab mengkritik jangan mencerca.

♥
Adab berdakwah jangan berkasar.

♥
Adab menilai jangan bias.



~By Ustaz Nasrudin Hassan~

Saturday, 14 January 2012

^ TAULADAN RIWAYAT HIDUP SEORANG ULAMA' ^

>> Benar. Masa itu Emas. kalau pepatah Melayu la. bg bangsa Arab. Masa itu seperti Pedang. ada juga yg berkata Masa itu Umur. persoalannya. ke mana umur kita dihabiskan. dapatkah kita menyumbang sesuatu yang berharga sepanjang umur kita dihabiskan. Jomlah kita baca entry ni & ambil manfaat sama-sama =)


p/s : pewaris Nabi adalah ulama'. Mahu dekat dgn Nabi, hampirilah mereka, ambil ilmu mereka, contohi sifat wara' mereka.mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang- orang yang beramal soleh. Amin ya Rabb.


>> Ikuti kisah seorang ulama' ini :
AL-ALLAMAH SYAIKH SAID HAWWA R.H (1935M-1989M)

Ulamak kelahiran Syria yang banyak menyumbang kepada Islam. Menghafaz Al-Quran pada usia yang kecil. Sentiasa membaca dalam masa yang sama menolong ayahnya menjual sayur-sayuran dan buah-buahan. Pada tahun 1956 berpeluang masuk ke Universiti Damsyik dan di sanalah beliau berguru dengan ulama' terkenal seperti Dr. Mustafa As-Sibae, Dr. Mustafa Zarqa', dan lain-lain lagi.

Beliau telah dipenjarakan selama 5 tahun kerana lantang memperjuangkan Islam.

Di dalam penjara beliau mengarang banyak kitab. Yang amat tersohor ialah "Al-asas Fi Tafsir" dalam bidang tafsir sebanyak 11 jilid. Beliau seorang yang amat sabar, zuhud dan peramah.

Meninggalkan dunia sesudah diserang dengan pelbagai penyakit, antaranya kencing manis, jantung dan angin Ahmar. Yang menyebabkan beliau berada dalam keadaan koma bermula disember 1988 hinggalah tarikh kewafatan beliau 9 mac 1989 di Kota Amman, Jordan. Semoga Allah merahmatinya. Antara muridnya yang terkenal ialah Tuan Guru Dato' Seri Haji Abd Hadi Bin Haji Awang. .




Friday, 13 January 2012

^ TIDAK ADA ISTILAH LAMBAT KALAU NAK JADI FAQEH^

ARTIKEL YANG SANGAT BERMAKNA UNTUK LEBIH BEJAYA DAN TIDAK PUTUS ASA. YANG PENTING KEMAHUAN. JOM BACA!!!!!!!!! =)



p/s : xda halangan nk bejaya . muda ke tua ke. janji kemahuan tu  =)




KESAN DI PERLI :-)

Abu Zakaria Al Ansori rohimahuLLAH seketika di Bagdhad (pd waktu ini beliau belum 'alim), beliau lalu di sebuah lorong yg terdapat 'org2 kampung sedang bersembang di warung' lalu mem'perli' beliau dgn kata2 :' Wahai Syaikhul Islam!! Mari bersama kami!..'. Mendengar kata2 ini Abu Zakaria fhm bhw beliau 'sdg diperli, krn beliau tahu bhw beliau tiada ilmu&jahil'. 

Hanya bermula drpd 'PERLI mereka itu gelaran yg di tujukan Syaikhul Islam'..

Maka beliau berkata :' Demi ALLAH! Aku akan menjadi Syaikhul Islam!'. Sejak itu, beliau mula bersungguh2 belajar, menuntut ilmu dgn GURU2, merata tempat..sedangkan pd waktu itu beliau telah berusia '45 tahun' bukan 5 tahun ya...:-) sehingga 'kini' beliau menjadi seorang yg dikenali sbg ' AL IMAM HAFIDZ SYAIKHUL ISLAM ABU ZAKARIA AL ANSORI ' antara rujukan yg masyhur sehingga akhir zaman..walaupun hayatnya telah pergi selamanya..

Jadi, jangan jadikan alasan usia muda atau tua dan sebagainya sbg penghalang utk kita ' isi dada, hati, fikiran kita dgn ILMU '...Sesungguhnya tidak sama org yg berilmu dgn tiada ilmu..paling kurang 'kita ada ILMU utk bekalan diri sendiri' ..insyaALLAH..

p/s : iika lepas ni kalau di perli kawan2 perkara baik..usahakan spt yg di perli tu je lah :-)..jika pula kita diperli dgn sesuatu yg 'tidak baik' usahakan utk 'berlepas diri dari perkara yg tidak baik itu'..mudah saja utk jadi manusia yg berguna..semuanya POSITIF..insyaALLAH..