~ Mari Berselawat banyak- banyak buat junjungan besar Rasul Sekelian Alam Muhammad SAW~
.........اللهم صلى على سيدنا محمد
:: Mari kita baca kisah ini : Dengan Lafaz Bismillah ...
Daripada Abbas r.a , Rasulullah SAW bersabda ; Orang pertama yang akan dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril a.s akan datang kepadanya dengan membawa seekor Buraq . Israfil datang membawa bendera dan mahkota dan Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga.
Israfil bersuara ; "Wahai roh yang baik ! Kembalilah ke tubuh yang baik . Maka kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur terbongkar . Pada seruan ketiga , ketika Rasulullah SAW berdiri , baginda telah membuang tanah pada kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri dan baginda melihat tiada satu pun bangunan . Baginda SAW menangis sehingga mengalir air mata ke pipinya."
Baginda SAW bersabda ; "Wahai Jibril a.s ! Gembirakanlah aku!"
Jibril a.s berkata : "Apa yang kamu lihat di hadapanmu?"
Baginda S.A.W bersabda : "Bukan seperti itu pertanyaanku"
Jibril a.s berkata ; "Apakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?"
Baginda S.A.W bersabda : "Bukan seperti itu pertanyaanku"
Baginda S.A.W bersabda : "Aku bertanya kepadamu akan UMATKU , dimanakah perjanjian mereka?"
Baginda S.A.W bersabda : "Nescaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini, Aku akan mensyafaatkan umatku"
Jibril a.s menyeru : "Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah SWT"
:: Umat-umat datang dalam keadaan satu-satu kumpulan..Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat,
Baginda SAW akan bertanya ;"Di manakah umatku?"
Jibril a.s berkata ; "Wahai Muhammad! umatmu adalah umat yang terakhir."
Apabila Nabi Isa a.s datang , Jibril a.s menyeru ; "Tempatmu!"Maka Nabi Isa a.s dan Jibril a.s menangis.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda ; "Mengapa kamu berdua menangis?"
Jibril a.s berkata ; "Bagaiman keadaan umatmu ya Muhammad?"
Baginda S.A.W bersabda ; "Dimana umatku?"
Jibril a.s berkata ; "Mereka telah datang, mereka berjalan dengan lambat dan perlahan"
: : Apabila mendengar sedemikian, Baginda S.A.W menangis lalu bertanya ;"Wahai Jibril ! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?"
Jibril a.s berkata ; "Lihatlah mereka wahai Muhammad!"
: : Nabi Muhammad S.A.W bertemu dengan umatnya yang berdosa, mereka menangis serta memikul beban di belakang mereka sambil merayu ; "Wahai Muhammad!" Baginda S.A.W bersabda ; "Wahai umatku!"
: : Mereka berkumpul di sisi Baginda S.AW dan umat-umatnya menangis.
Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia maha mengetahui segala yang tersembunyi ; "Di mana umat Muhammad S.A.W?"Jibril a.s berkata ; "Mereka adalah sebaik-baik umat"Allah Taala berfirman ; "Wahai Jibril! Katakanlah pada Muhammad S.A.W bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu"
Jibril a.s kembali dalam keadaan menangis lalu berkata kepada Muhammad S.A.W ;"Wahai Muhammad , umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah SWT"
Baginda S.A.W berpaling kepada umatnya lalu bersabda ;"Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan di hadapan Allah SWT"
Allah Taala berfirman ; "Hari ini , Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan, Hari ini aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu dan aku akan mengazab sesiapa yang derhaka kepadaKu"
Suara tangisan dan jeritan semakin kuat . Nabi Muhammad S.A.W menyeru ;"Tuhanku, Penguasaku, Penghuluku...! Aku tidak meminta untuk diriku , Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!"
Ketika itu juga neraka Jahanam berseru ; "Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?"Neraka pula menyeru ; "Wahai Tuhanku, Penguasaku, Penghuluku..! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaanku ! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku , penyeksaanku dan azabku ! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah . Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan."
Baginda S.A.W bertambah sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipnya. Sekali, Baginda S.AW. sujud di hadapan Arsy Allah S.W.T dan sekali lagi , Baginda S.A.W rukuk untuk memberi syafaat kepada umatnya.
Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya . Mereka berkata ;"Maha Suci Allah ! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat akan hal keadaan umatnya"
Fatimah r.a berkata ; "Dimanakah aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat kelak , wahai bapaku?" Baginda S.A.W bersabda ; "Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minuman kepada umatku"
Tatkala umat Nabi Muhammad S.A.W sedang mencari mimbar Nabi Muhammad untuk mendapatkan syafaat pada hari Kiamat. Mariam , Asiah , Khadijah , dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk . Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad S.A.W dia berkata ;"Ini umat Nabi Muhammad S.A.W . Mereka telah tersesat dari nabi mereka."
Suara Mariam telah didengari oleh Muhammad S.A.W. Nabi Adam a.s berkata kepada Nabi Muhammad S.A.W ;"Ini umatmu wahai Muhammad, mereka berkeliling mencarimu kerana ingin meminta syafaat kepada Allah SWT"
Nabi Muhammad S.A.W menyeru dari atas mimbar lalu bersabda ;"Marilah kepadaku wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!"
Umat Nabi Muhammad S.A.W berkumpul di sisi baginda.
Ketika di atas sirat , Baginda S.A.W bersabda kepada malaikat Malik ;"Wahai Malik ! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu , palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka melepasimu. Jika tidak hati mereka akan merasa gementar apabila melihatmu"
Nabi Muhammad S.A.W berhenti di atas Sirat . Setiap kali baginda melihat seorang umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya untuk kembali berdiri di atas Sirat.
Nabi Muhammad S.A.W berkata ; "Tuhan ! Selamatkanlah mereka ! Tuhan ! Selamatkanlah mereka !"
#Apakah kita mengingati dan menyayangi Rasulullah SAW sebagaimana baginda menyayangi kita sebagai umatnya?