Sunday 19 February 2012

^ Jangan Bersedih ^

♥ Bunuhlah setiap waktu kosong dengan 'pisau' kesibukan! Dengan cara itu, doktor-doktor dunia akan berani menjamin bahawa anda telah mencapai 50% dari kebahagian. Lihatlah para petani mereka ceria mendendang lagu seperti burung bebas. Mereka tidak seperti anda tidur di atas katil empuk, tetapi selalu gelisah dengan air mata.

♥ HATI SEBESAR TAPAK TANGAN..
Walaupun saiz hati kita amat kecil, tetapi jika setiap waktu dan ketika diberi makanan yg diperlukan, ianya dapat menyimpan rahsia kebesaran ALLAH di dalamnya..

Oleh itu usaha pertama kita...memberi makanan kepada hati ialah dengan membuang segala kebesaran manusia dan masukkan hanya ALLAH yg MAHA BESAR di hati kita..

Sesungguhnya jika ada ALLAH di dalam hati..terkeluarlah segala yg selain ALLAH dari dalam hati kita..

Ketahuilah ALLAH MAHA GYUYUR (CEMBURU)..malah lebih cemburu dari isteri pertama...

p/s : Benarlah kata2 hikmah : Sekiranya kamu tidak penuhi waktu kamu dgn yg haq(perkara-perkara yg bermanfaat), pasti waktu kamu dipenuhi dgn yg batil (perkara-perkara maksiat)..... Allah pula berfirman : "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, KECUALI org2 yg beramal soleh".... hingga akhir ayat.~ surah Al-'asr

No comments:

Post a Comment