DEFINISI KOMPUTER
- Merupakan sebuah mesin elektronik untuk menerima data iaitu INPUT. Ia juga dapat menyimpan data ini serta dapat melaksanakan sebarang arahan mengenai data tersebut dan akhirnya, mengeluarkan keputusan yang dinamakan OUTPUT .
- Komputer juga digunakan untuk mengolah informasi menurut prosedur yang ditetapkan.
JENIS-JENIS KOMPUTER
- Super computer
- Main frame computer
- Mini computer
- Micro computer
KEPENTINGAN KOMPUTER
- Pentadbiran :
Dengan komputer, segala urusan pentadbiran sesebuah negara akan dapat diselesaikan dengan cepat.
- Pendidikan :
Digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara sistematik.
- Alat penyelidikan :
Membantu dan memudahkan para penyelidik dalam menjalankan kerja penganalisisan.
- Perniagaan :
Memudahkan urusan usahawan merekod maklumat kewangan dalam komputer supaya lebih selamat dan terjamin.
SEJARAH PERKEMBANGAN
Generasi 1 (1946-1957)
- Menggunakan tiub vakum untuk memproses dan menyimpan maklumat. Saiznya seakan mentol lampu, ia perlu sentiasa diganti, memerlukan tenaga elektrik yang banyak dan menghasilkan banyak haba.
- Hanya mampu menyelesaikan 1 masalah dalam 1 masa sahaja. Perlu rewired dengan kabel untuk diprogram kembali.
- contoh : ENIAC (1946 ketika perang dunia ke-2), UNIVAC (1951-1952 untuk menganalisis undian pilihanraya di U.S)
Generasi 2 (1958-1963)
- Menggunakan transistor yang menggantikan tiub vakum.
- Daya ketahanan transistor didapati lebih baik kerana ia tidak mudah terbakar jika dibandingkan dengan tiub vakum.
- Ianya lebih kecil, berkuasa, dan murah.
- keupayaan pemprosesan dan saiz ingatan utama komputer juga bertambah.
- contoh: kemunculan FORTRAN dan COBOL menandakan permulaan bahasa peringkat tinggi menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang lebih sukar.
Generasi 3 (1964-1970)
- Penggunaan transistor diganti dengan intergrated circuit (Ics).
- Intergrated circuit menggabungkan beberapa ratus ribu transistor yang dipadatkan ke dalam kepingan cip silikon, menjadikan komputer generasi ini lebih kecil.
- Papan kekunci dan monitor mula diperkenalkan sebagai input dan output.
- Magnetic disk digunakan sebagai pusat penyimpan maklumat.
Generasi 4 (1971-sekarang)
- Cip masih digunakan untuk pemprosesan dan penyimpanan maklumat(memori komputer) dan ia lebih maju, memuatkan sehingga jutaan komponen transistor didalamnya.
- Membawa kepada penciptaan microprossesor.
- pertumbuhan jaringan komputer, wireless technologies dan internet.
- contoh : IBM PC yang asli dan Apple Macintosh.
Generasi 5 (belum wujud)
- Ramai yang berpendapat bahawa ianya masih dalam peringkat permulaan.
- mempunyai memori yang sangat besar membolehkannya menyelesaikan lebih banyak masalah yang kompleks.
- mempunyai sifat luar biasa disebut sebagai pusat 'artificial intelligence'-think, reason, learn.
- mampu menerima arahan melalui suara.
KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN ISLAM
- Islam tidak menghalang teknologi serta ciptaan baru.
- Masih tertakluk pada syariah dan hukum yang dibenarkan oleh Islam.
- Dalam Al-Quran sendiri sudah terkandung ilmu teknologi.
- Islam menuntut supaya mengembangkan teknologi sehingga menemui kebesaran dan keagungan Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment