Friday 30 December 2011

PERISIAN CD DAN DVD DARI PERSPEKTIF ISLAM

APA YANG DIKATAKAN DENGAN DEFINI PERISIAN?

DEFINISI 1 : Sekumpulan arahan untuk mengawal, mengurus dan menyokong aktiviti dan sistem komputer.
DEFINISI 2 : Arahan-arahan yang lengkap dalam bentuk aturcara dan prosedur yang mengawal, mengurus dan menyokong sistem komputer serta aktiviti-aktiviti pemprosesan maklumat.

JENIS-JENIS PERISIAN ADA 3..

  • PERISIAN SISTEM : perisian pengendalian mambantu mengawal perkakasan komputer, sistem komputer dan sebagainya.
  • PERISIAN PENGATURCARAAN : perisian pengaturcaraan selalunya menyediakan alatan untuk memudahkan pembikinan perisian itu sendiri. Contohnya pengkomplin, penyunting teks dan lain-lain.
  • PERISIAN PENGGUNAAN : perisian penggunaan atau aplikasi membantu menjalankan tugas-tugas bersifat gunaan seperti mengarang, melukis, mengedit gambar dan sebagainya. 

 APA INI...???
CAKERA PADAT

DEFINISI CD
Cakera padat (compact disc atau CD) adalah cakera optik yang digunakan bagi menyimpan data digital yang pada asalnya dibangunkan bagi menyimpan bunyi digital.
Teknologi cakera padat kemudian diubah suai untuk dijadikan peranti storan data yang dikenali sebagai CD-ROM, dan merangkumi media perakaman tunggal serta perakaman berbilang kali. CD-ROM dan CD-R masih merupakan teknologi yang digunakan secara meluas dalam industri komputer peribadi pada hari ini.

SEJARAH CD
  • Cakera padat tiba di pasaran Asia pada lewat tahun 1982, dan pada awal tahun yang berikut di Amerika Syarikat dan pasaran-pasaran yang lain. Cakera-cakera padat pertama yang di jual merupakan 16 buah judul buatan Jepun daripada CBS Sony.
  • cakera padat pada asalnya dianggap sebagai suatu evolusi piring hitam dan terutamanya sebagai suatu media storan data.
  • dari asalnya sebagai salah satu format muzik, cakera padat telah bertumbuh untuk merangkumi penggunaan yang lain. Sony dan Philips memperkenalkan CD-ROM pada bulan jun 1985 dan CD-R pada tahun 1990.
PERINCIAN FIZIKAL
  • Cakera padat diperbuat daripada plastik polikarbonat setebal 1.2mm yang telah dilapisi dengan lapisan aluminium yang amat tulin dan sangat nipis yang dilindung oleh lapisan lacquer. Lacquer boleh dicetak dengan label. kaedah cetakan biasa bagi cakera adalah skrinsutera dan cetakan offset.
  • Terdapat lubang sebesar 15mm di tengah-tengah cakera yang biasanya akan digunakan oleh sejenis pengapit atau pemegang cakera yang terdapat di dalam pemain cakera untuk memegang cakera ditempatnya dan membolehkan cakera tersebut diputar oleh motor. Diameter lubang tersebut adalah lebih kurang sama dengan ukurun duit syiling 10sen Belanda. Para jurutera Philips pada masa itu menggunakan syiling tersebut untuk menentukan saiz lubang itu dan syiling muat ke dalam lubang cakera dengan tepat sekali.

DIGITAL VERSALITE DISC

DEFINISI DVD
DVD (digital versalite disc) atau (digital video disc) ialah sejenis format media storan cakera optik yang popular. Kegunaan utamanya termasuk penyimpanan video dan data. Kebanyakan DVD sama dimensinya dengan cakera padat tetapi boleh menyimpan enam kali lebih data berbanding CD.
Kelainan-kelainan istilah DVD selalu menghuraikan cara data disimpan dalam cakera DVD-ROM mengandungi data yang hanya boleh dibaca dan tidak boleh ditulis, DVD-R dan DVD+R boleh ditulis sekali kemudian berfungsi seperti DVD-ROM manakala DVD-RW atau DVD+RW pula menyimpan data yang boleh dipadam dan ditulis semula banyak kali.

SEJARAH DVD
  • Pada tahun 1993, dua piawaian storan optik kemampatan tinggi sedang dikembangkan. Salah satunya ialah MultiMedia Compact Disc dan Super Density Disc.
  • Presiden IBM, Lou Gerstner telah memimpin satu usaha untuk menyatukan kedua-dua paksi tersebut lalu membentuk satu piawaian tunggal, kerana khuatir akan berulangnya perang format pita video antara VHS dan Betamax yang banyak menelan wang pada 1980-an.
  • DVD mula-mulanya digunakan sebagai singkatan bagi istilah tidak rasmi digital video disk. Pada tahun 1995, dilaporkan pada masa spesifikasi dimuktamadkan bahawa huruf-huruf tersebut secara rasminya adalah singkatan untuk digital versatile disc (cakera serba guna digital) kerana mengambil kira aplikasi selain video. Namun, pihak media megumumkan penetapan spesifikasi dengan memanggil teknologi itu sebagai DVD.
  • Di laman web Forum DVD ada satu bahagian bertajuk "DVD Primer" di mana jawapan kepada soalan "Apakah erti DVD?" adalah sepeti berikut : "kata kuncinya ialah versati". Cakera serba guna digital memberikan storan dan capaian video, audio dan data yang sangat hebat segalanya dalam sekeping cakera.
PERISIAN CD/ DVD DALAM PENGAJIAN ISLAM
  • Maktabah Syamilah adalah sebuah program yang berisikan berbagai buku-buku (kitab-kitab) keislaman dari berbagai utama dari berbagai zaman. Program ini mencakup ribuan kitab ulama' dalam satu keping DVD. Seandainya dalam bentuk kitab, kertas pastinya akan memenuhi ruangan perpustakaan, almari dan rak buku.
  • Ada lebih dari 6,688 judul buku kitab dengan lebih dari 20,000 jilid buku kitab terkandung di dalam program Maktabah Syamilah ini.
PERISIAN MAKTABAH SYAMILAH



PERISIAN HOLY QURAN


PERISIAN AL-QURAN IN WORD



KELEBIHAN CD DAN DVD
  1. Mudah mencari maklumat
  2. Mudah menyimpan data
  3. Mudah dibawa
  4. Mudah didapati
  5. Menjimatkan masa
  6. Mudah untuk dikongsi
  7. Harga berpatutan
KEBURUKAN CD DAN DVD
  1. Mudah calar
  2. Mudah rosak
  3. Mudah dicetak rompak
  4. Mudah disalahguna
PERISIAN MENURUT PANDANGAN ISLAM
  • Merujuk kepada sejarah Islam, teknologi bukanlah sesuatu yang asing. Ia adalah satu proses yang berterusan, berkembang bersama kepandaian manusia untuk memudahkan urusan kehidupan. Islam tidak pernah menghalang serta mengharamkan teknologi serta ciptaan baru terutamanya untuk dimanfaatkan dalam sistem pendidikan. Maka oleh itu hukum asal sesuatu adalah mubah (harus) termasuk segala apa yang dibawa oleh pelbagai peradaban samada lama atau baru. Tidak ada hukum sesuatu itu haram kecuali jika terdapat nas dan dalil yang terang serta jelas menyatakan sesuatu itu haram, ini menunjukan Islam agama yang sesuai dengan perubahan zaman dan menuntut agar umat selalu maju dalam peradaban.
  • Islam juga merupakan satu agama yang amat menitikberatkan soal ilmu pengetahuan. Wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T merupakan satu arahan untuk membaca ruang lingkup ilmu pengetahuan adalah amat luas dan mencakupi pelbagai bidang teknologi maklumat dan komunikasi merupakan salah satu daripada bidang ilmu yang perlu dikuasai oleh umat Islam.
  • Tegasnya kegunaan ICT masih tertakluk kepada syariah dan hukum yang dibenarkan oleh Islam. Apalagi pemanfaatan semua itu salah alat untuk mendukung dakwah dan mengajarkan peradaban Islam dalam sistem P&P. Sekiranya kemudahan ICT disalahgunakan seperti melayari laman-laman web lucah, menyebarkan fitnah dan menggalakkan pergaulan tanpa batasan, tentu semua kesalahan yang besar jika kita menyebarkan medianya. Oleh itu, kita mesti mengislamisasikan media itu melalui orangnya.

No comments:

Post a Comment