Saturday 14 January 2012

^ TAULADAN RIWAYAT HIDUP SEORANG ULAMA' ^

>> Benar. Masa itu Emas. kalau pepatah Melayu la. bg bangsa Arab. Masa itu seperti Pedang. ada juga yg berkata Masa itu Umur. persoalannya. ke mana umur kita dihabiskan. dapatkah kita menyumbang sesuatu yang berharga sepanjang umur kita dihabiskan. Jomlah kita baca entry ni & ambil manfaat sama-sama =)


p/s : pewaris Nabi adalah ulama'. Mahu dekat dgn Nabi, hampirilah mereka, ambil ilmu mereka, contohi sifat wara' mereka.mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang- orang yang beramal soleh. Amin ya Rabb.


>> Ikuti kisah seorang ulama' ini :
AL-ALLAMAH SYAIKH SAID HAWWA R.H (1935M-1989M)

Ulamak kelahiran Syria yang banyak menyumbang kepada Islam. Menghafaz Al-Quran pada usia yang kecil. Sentiasa membaca dalam masa yang sama menolong ayahnya menjual sayur-sayuran dan buah-buahan. Pada tahun 1956 berpeluang masuk ke Universiti Damsyik dan di sanalah beliau berguru dengan ulama' terkenal seperti Dr. Mustafa As-Sibae, Dr. Mustafa Zarqa', dan lain-lain lagi.

Beliau telah dipenjarakan selama 5 tahun kerana lantang memperjuangkan Islam.

Di dalam penjara beliau mengarang banyak kitab. Yang amat tersohor ialah "Al-asas Fi Tafsir" dalam bidang tafsir sebanyak 11 jilid. Beliau seorang yang amat sabar, zuhud dan peramah.

Meninggalkan dunia sesudah diserang dengan pelbagai penyakit, antaranya kencing manis, jantung dan angin Ahmar. Yang menyebabkan beliau berada dalam keadaan koma bermula disember 1988 hinggalah tarikh kewafatan beliau 9 mac 1989 di Kota Amman, Jordan. Semoga Allah merahmatinya. Antara muridnya yang terkenal ialah Tuan Guru Dato' Seri Haji Abd Hadi Bin Haji Awang. .




No comments:

Post a Comment